Berita Auto

Ferrari F355 Spider Milik Shaq Lain Dari Yang Lain

Sebuah Ferrari F355 Spider yang dikatakan milik bekas pemain bola keranjang Shaquiille O’Neal kini sedang dilelong di laman web BringaTrailer dengan bidaan semasa mencecah $46,000 (RM186,346).

Sekali imbas, ia kelihatan seperti F355 Spider biasa sahaja namun menurut laman web tersebut, unit ini telah dimodifikasi bagi membolehkan bekas bintang LA Lakers berketinggian 2.16 meter itu duduk dengan selesa.

Bagi tujuan itu, tangki minyak yang asalnya berada di belakang telah dipindahkan ke bahagian hadapan, manakala ruang simpanan bumbung convertible turut diubahsuai bagi menjadikan ruang kabin lebih luas. Ia juga mempunyai tempat duduk ‘bucket’ dengan logo Superman pada perehat kepala serta tali pinggang keledar perlumbaan.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada F355 Spider ini termasuklah sistem audio kustom, rim Giovanna berukuran 19 inci dan sistem brek Brembo. Warna kelabu ini dikenali sebagai Argento Nürburgring.

Di bawah hud, terdapat enjin NA 3.5 liter V8 yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Rekod menunjukkan yang tali sawat pemasaan telah digantikan pada 2013, manakala pada Januari tahun ini penukar pemangkin dan tangki minyak ditukar kepada baru. Odometer pula menunjukkan perbatuan sekitar 7,400 batu (11,909 km).

Previous post

Bentley Mulliner Kini Menawarkan Trim Tweed Untuk Pintunya

Next post

Kereta Premium Yang Akan Datang Ke Malaysia Pada 2021?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *