Berita Auto

Replika Motosikal Yamaha ‘Piro’ R1 Dilelong Untuk Mengutip Derma

Pada tahun 1993, mendiang Fabrizio Pirovano memperoleh kemenangan WorldSBK yang ke-10 dan terakhirnya di Estoril dengan motosikal Yamaha YZF 750 SP-nya. Sebagai penghormatan kepada pelumba Itali itu, Yamaha telah melancarkan Replika R1 ‘Piro’, yang akan dilelong untuk mengutip derma.

Pada pusingan terakhir musim Kejuaraan Dunia FIM Superbike di Estoril, bekas pelumba Yamaha WorldSBK, Alessandro Gramigni, menunggang motosikal khas ini, satu pusingan sebagai penghormatan kemenangan terakhir WorldSBK Pirovano dengan Yamaha di litar Portugal ini pada tahun 1993.

Berdasarkan pada Yamaha YZF-R1 2020, replika ini mempunyai skema warna putih, merah jambu dan biru, serta angka 5 di bahagian depan, anggukan jelas kepada YZF 750 SP #5 Pirovano.

Powertrain tiada perubahan. Enjin 998 cc inline-four silinder sudah cukup kuat dengan 200 PS dan tork 112 Nm berkat teknologi crankshaft crossplane yang unik dari enjin MotoGP YZR-M1.

Ianya dikawal dengan rangkaian elektronik lengkap Yamaha termasuk ride-by-wire Chip Controlled Throttle (YCC-T), Chip Controlled Intake (YCC-I) dan Unit Pengukuran Inersia (IMU) enam paksi.

Lelongan berlangsung sehingga hari Ahad 1 November dan pemenang bidaan menentukan sama ada mereka mahu motosikal itu siap dalam trim seperti yang digunakan untuk pusingan penghormatan Estoril, atau dalam trim road legal dengan bodi replika Piro, ekzos perlumbaan Akrapovič dan tayar slik Pirelli. Kutipan hasil lelongan akan disumbangkan kepada badan amal yang akan di kenal pasti kemudian.

Previous post

Changan UNI-K Diperkenalkan - Porsche Cayenne Coupe Ciplak?

Next post

Ya Betul! Kia Pun Ada Kenderaan Tentera

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *