Berita Auto

Platform Digital BMW Premium Selection Dilancarkan

BMW Group Malaysia telah membuka tirai Pameran BMW Premium Selection tahun ini melalui platform digital baharu yang menawarkan aneka pilihan kenderaan pramilik dan terpakai yang bertaraf premium dari portfolio BMW serta MINI.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group merupakan satu keistimewaan dan perkhidmatan serba menyeluruh yang bukan sahaja terhad bagi pembelian, servis dan penyenggaraan kenderaan yang dingini.”

Hoelzl turut menyatakan bahawa dengan melihat aspek pemilikan dari sudut ini, BMW Group Malaysia dapat membuahkan nilai yang lebih baik bagi kenderaan tersebut serta mewujudkan insentif bagi setiap elemen dalam ekosistem kitaran hayat pemilikan kenderaan berkenaan.

Ujar beliau, “Paling menarik sekali mengenai platform ini, seluruh prosesnya boleh dijalankan menggunakan hujung jari dan dari keselesaan rumah anda, sekali gus menegaskan visi BMW Group untuk mendigitalkan titik sentuh perniagaan mereka di seluruh dunia.”

Inisiatif yang pertama seumpamanya dalam industri ini bakal menyaksikan lebih 300 unit kenderaan BMW dan MINI terpakai disediakan di laman mikro khas BMW Premium Selection, di samping pelbagai tawaran eksklusif yang menarik, bertempoh terhad dan istimewa hanya bagi platform digital ini.

Laman mikro khas ini juga membolehkan pemilik baharu kenderaan Premium Selection menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan. Ia meliputi:

  • Waranti BMW Premium Selection bertempoh minimum 12 bulan
  • Pemeriksaan kenderaan secara teknikal dan optikal yang menyeluruh
  • Penyediaanrekod servis dan kenderaan yang diluluskan
  • Tawaran pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia
  • Tawaran tukar beli (trade-in) yang kompetitif
Previous post

Toyota Vios Facelift Diacah, Pelancaran Tidak Lama Lagi

Next post

Toyota Vios Facelift Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *