Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R15 Kini Dalam Warna Race Blu dan Hitam

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 iaitu Race Blu dan Hitam. Ia dijual pada harga RM19,988 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Spesifikasi motosikal ini adalah sama seperti sebelum ini. Ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 155 cc yang dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA). Enjin ini menjana 19 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm pada 9,000 rpm.

Kuasa disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan teknologi klac Assist & Slipper.

R15 mempunyai ukuran 1,990 mm panjang, 725 mm lebar dan 1,135 mm tinggi, dengan jarak roda (wheelbase) berukuran 1,325 mm. Tinggi tempat duduk adalah 830 mm, manakala kapasiti tangki bahan api adalah 11 liter. Berat motosikal ini adalah 137 kg.

Kerangka Deltabox dipadankan dengan fork teleskopik terbalik pada bahagian hadapan dan sistem gantungan link monoshock di belakang, dengan tayar berukuran 100/80-17 di hadapan dan 140/70-17 di belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera pada kedua-dua bahagian.

Previous post

BMW M340i xDrive Dilancarkan Dalam Versi CKD

Next post

Nissan Magnite Didedahkan Dibuat Di India Untuk Pasaran Membangun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *