Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Temerloh

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Pantai Timur dengan pelancaran pusat 3S baharu di Temerloh, Pahang.

Dioperasikan oleh Auto Raya Timur, kemudahan baharu yang berkeluasan 11,000 kaki persegi itu menampilkan identiti korporat baharu Mitsubishi yang diwakili oleh slogan global ‘Drive Your Ambition’.

Menawarkan perkhidmatan jualan, penyelenggaraan dan alat ganti, pusat 3S tersebut mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan dan ruang rehat pelanggan yang selesa dan Wifi. Sementara itu, pusat servisnya dilengkapi dengan enam ruang servis.

“Sedang Mitsubishi Motors Malaysia membuat persiapan untuk memperkenalkan Mitsubishi Xpander di Malaysia, bilik pameran baharu di Temerloh ini mewakili komitmen kami untuk meletakkan pelanggan sebagai keutamaan, termasuk menyediakan pengalaman jualan dan selepas jualan yang selesa apabila mereka mengunjungi bilik pameran kami,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

MMM kini diwakili oleh 52 bilik pameran (46 daripadanya adalah pusat 3S) dan 52 outlet servis di seluruh Malaysia. Di Malaysia Timur, syarikat itu diwakili oleh 14 bilik pameran iaitu 7 di Sabah dan 7 di Sarawak.

Previous post

Honda Civic dan BR-V Kini Dalam Warna Platinum White Pearl

Next post

Cakera Brek Brembo Baharu Macam Cermin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *