Berita Auto

Honda Civic dan BR-V Kini Dalam Warna Platinum White Pearl

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pilihan warna baharu iaitu Honda Civic dan BR-V iaitu Platinum White Pearl. Diperkenalkan buat pertama kali menerusi model Odyssey dan Accord generasi ke-10, warna baharu itu akan menggantikan warna White Orchid Pearl sedia ada.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “White Orchid Pearl adalah warna yang popular di kalangan pelanggan Honda, masing-masing menyumbang sehingga 38% dan 25% dari jumlah keseluruhan jualan Civic dan BR-V baharu.”

Tambah beliau lagi, apabila warna Platinum White Pearl diperkenalkan menerusi Accord pada awal tahun ini, ia diterima baik oleh pelanggan dan menyumbang 33% kepada jumlah keseluruhan jualan model tersebut.

“Kami memperluaskan warna ini kepada pendahulu segmen C dan crossover tujuh tempat duduk sebagai respon kepada maklum balas pelanggan,” kata Ishiyama.

Menurut Honda Malaysia, pelanggan yang memilih warna Platinum White Pearl untuk Civic dan BR-V akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM272.73.

Previous post

Porsche Taycan Dilancarkan di Malaysia - RM725k Sahaja

Next post

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Temerloh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *