Berita Auto

Audi RS6 Avant ‘RS Tribute Edition’ – Tribut Untuk Model RS Pertama

26 tahun dahulu, Audi membuka lembaran baharu dalam sejarah kereta berprestasi dengan memperkenalkan jentera RS yang pertama iaitu Audi RS2 Avant. Sebagai memperingat model yang cukup bersejarah itu, Audi akan menawarkan 25 unit RS6 Avant ‘RS Tribute Edition’ untuk pasaran Amerika Syarikat.

Sekiranya anda tidak tahu, ini merupakan kali pertama RS6 Avant di jual di negara itu. Jadi, penawaran model edisi terhad ini boleh dikatakan sebagai sambutan berganda untuk Audi.

Seperti RS2, RS6 Avant ini didatangkan dalam warna eksklusif Nogaro Blue, lengkap dengan kemasan hitam pada gril, bilah sisi, diffuser belakang dan rel bumbung. Pelengkap kepada imej sporty ini adalah rim berukuran 22 inci dan angkup brek berwarna merah.

Di dalam, tema lasak dan sporty diteruskan menerusi kemasan gentian karbon dan jahitan kontras biru Denim pada kerusi Valcona S Sport, stereng, karpet RS dan material kulit pada papan pemuka.

Selain itu, model RS Tribute Edition turut mendapat pakej Driver Assistance yang mengandungi Adaptive Cruise Assist dan Side Assist, serta pakej Executive yang memberikan penambahan ciri pemasan pada kerusi belakang, paparan ‘head up’ dan sistem audio Bang & Olufsen.

Sayangnya, pelanggan tidak akan mendapat sebarang penambahan dari segi prestasi. Sama seperti versi standard, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 ini masih menghasilkan 600 hp dan 800 Nm yang disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan quattro. Bagaimanapun, setiap unit RS Tribute Edition didatangkan dengan sistem ekzos sport RS.

Harga Audi RS6 Avant RS Tribute Edition adalah $136,800 (RM567,650).

Previous post

Nissan Almera Turbo Dibuka Untuk Tempahan - 3 Varian, Harga Dari RM8X,XXX

Next post

Tiga Cedera Lari Dari Polis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *