Promosi / Tawaran / Peraduan

Jualan Baucar Diskaun Ford Untuk 3 Servis Berkala Dengan Hanya RM5 Pada 1 & 2 September 2020 Sahaja

Dengan hanya RM5, pemilik kereta Ford terpilih berpeluang untuk jimat sehingga 30 peratus untuk kos servis selepas waranti bagi tiga (3) kali servis berkala apabila mereka membeli Baucar Ganjaran Servis di pusat servis berdaftar Ford.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi Servis Berkala mereka di mana 1,000 baucar Ganjaran Servis akan dijual selama dua hari – 1 dan 2 September 2020.

Promosi Ganjaran Servis ini bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada para pelanggan bagi mendapatkan potongan sehingga 30 peratus dengan pembelian baucar Ganjaran Servis yang bernilai hanya RM5 dan ia sah digunakan selama 18 bulan dari tarikh pembelian. Baucar Ganjaran Servis ini boleh dibeli di mana-mana pusat servis berdaftar dan sementara stok masih ada.

Penjimatan sehingga 30 peratus untuk tiga servis berkala

Dengan pembelian baucar “Ganjaran Servis” para pelanggan mendapat potongan 10 peratus bagi minyak enjin untuk servis pertama, 20 peratus bagi servis kenderaan kedua dan 30 peratus bagi servis ketiga.

Semasa ketiga-tiga servis berkala tersebut, pelanggan akan menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak pelincir, penapis bahan bakar dan bilah pengelap serta potongan 10 peratus untuk upah kerja. Hanya alat ganti tulen dari pengeluar digunakan untuk memastikan jaminan kualiti dan keyakinan para pelanggan.

Para pelanggan yang mempunyai baucar Ganjaran Servis juga boleh mengambil kesempatan mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma yang dikendalikan oleh juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang terbaik.

Penebusan baucer itu sah di mana-mana pusat servis Ford berdaftar dan perlu dikepilkan setiap kali tiga servis berkala itu dilakukan.

Tempah servis berkala secara dalam talian

Pelanggan boleh menempah temujanji servis kenderaan dalam talian dengan melayari www.sdacford.com.my dan menekan butang ‘Book a Service’, memilih model kenderaan, pilih lokasi negeri dan memilih pusat servis yang dikehendaki daripada senarai ‘drop-down’. Pelanggan kemudiannya perlu lengkapkan butiran seperti nama, nombor telefon untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kenderaan. Pengesahan temujanji akan dihantar melalui emel.

Sebagai tambahan, penempahan temu janji e-Service secara masa nyata kini terdapat di tujuh pusat servis Ford yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – iaitu di Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau. Pelanggan digalakkan menempah servis berkala satu (1) bulan lebih awal.

Selain dari tempahan servis secara dalam talian, pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan terus menghubungi pusat servis Ford yang berdaftar

Untuk menempah janji temu e-Servis untuk kenderaan Ford anda, layari www.sdacford.com.my/book-a-service-form.

Previous post

Harga Pelancaran Hyundai Kona Di Malaysia Ialah RM115,000

Next post

Toyota Yaris Cross Dilancarkan Di Jepun Dari RM71,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *