Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Melaka Tampil Dengan Identiti Korporat Baharu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini merasmikan pembukaan pusat 3S pertama di Melaka yang dinaik taraf dengan identiti korporat baharu Mitsubishi dengan tagline global ‘Drive Your Ambition’.

Dioperasikan oleh Sing Kwung Jidosha, pusat jualan, servis dan alat ganti itu beralamat di No. 2B, Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, 75250 Melaka.

Dengan pelancaran ini, MMM kini mempunyai 20 bilik pameran bertauliah yang menampilkan identiti korporat baharu tersebut.

Terletak di atas tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi, pusat 3S itu mempunyai bilik pameran yang boleh menempatkan sehingga empat buah kenderaan pada satu-satu masa serta ruang rehat yang dilengkapi dengan Wifi.

Pusat servisnya pula mempunyai kapasiti menyelenggara sehingga lima buah kenderaan, tempat penyimpanan alat ganti serta kemudahan badan dan cat (Body and Paint). Ia juga dilengkapi dengan alat diagnostik dan set peralatan khas untuk menyelenggara kenderaan Mitsubishi.

MMM diwakili oleh 50 bilik pameran (45 daripadanya adalah pusat 3S) dan 51 outlet servis di seluruh negara.

Previous post

Subaru WRX S4 STI Sport # Khas Untuk Pasaran Jepun

Next post

Anugerah VOTY LIVE Di FB DSF.my Pada 9 Julai 2020 11 pagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *