Berita Auto

Proton Akan Perluas Rangkaian Pengurusan Kereta Terpakai

Siapa sangka bahawa salah satu kesan pandemik COVID-19 ke atas industri automotif adalah pertumbuhan jualan kereta terpakai. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kereta terpakai telah meningkat 100% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020.

Proton melihat perniagaan kereta terpakai sebagai sebahagian strategi penting dan mula memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) di lapan pusat jualan di beberapa lokasi pengedar pada tahun lalu bagi melancarkan penjualan dan pengedaran kereta terpakai bagi menyokong penjualan kereta baharu.

Beberapa bulan awal digunakan untuk menetapkan prosedur operasi dan melatih pemeriksa kereta-kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan. Pada tahun 2020, matlamat syarikat adalah untuk mewujudkan operasi di 36 cawangan 3S/4S seluruh negara.

Sasaran yang ditetapkan untuk UCM adalah penggantian jualan, di mana pemilik sedia ada menukar beli sebuah Proton baharu, bagi menyumbang sekurang-kurangnya 10% dari jumlah jualan bagi pusat jualan yang mempunyai perkhidmatan UCM. Bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu, syarikat juga telah memperkenalkan program Proton Xchange.

Mengenai penjualan tukar beli, kereta yang dijual oleh UCM akan dipasarkan di bawah program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO). Semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 titik dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.

Brian Cheah, Ketua Pengurusan Kereta Terpakai, PROTON

Ia dilengkapi jaminan lanjutan selama 1 tahun meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja), sehingga 6 bulan dari tarikh kereta tersebut didaftarkan.

Brian Cheah, Ketua Pengurusan Kereta Terpakai, PROTON, berkata bahawa UCM merancang untuk menubuhkan satu portal kereta terpakai Proton sebagai platform jualan dalam talian untuk menarik pembeli kereta terpakai.

Menerusi portal ini, pelanggan berpotensi boleh melihat stok jualan dari dalam talian dan boleh melayari laman web untuk mendapatkan anggaran nilai untuk kereta mereka.

Meskipun masih baharu berada di pasaran, pusat jualan UCM PROTON telah memberi kesan positif. Pusat 4S Proton di Puchong iaitu Atiara Johan telah mencatat lebih daripada 130 jualan tukar beli sejak Jun tahun lalu.

Previous post

Lelaki Guna Duit Bantuan COVID-19 Beli Lamborghini Huracan

Next post

Program Subsidi Petrol Tidak Akan Dilaksanakan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *