Berita Auto

Lelaki Guna Duit Bantuan COVID-19 Beli Lamborghini Huracan

Seorang lelaki dari Miami, Florida didakwa di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat selepas didapati menggunakan duit bantuan Paycheck Protection Program (PPP) berjumlah $3.9 juta (RM16.6 juta) untuk membeli sebuah Lamborghini Huracan.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), David T. Hines yang berusia 29 tahun didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menipu bank, membuat penyataan palsu kepada institusi kewangan dan melakukan transaksi dalam prosid yang tidak sah.

PPP merupakan sebahagian daripada Akta CARES yang digubal pada 29 Mac. Melalui program ini, perniagaan kecil yang memenuhi syarat boleh memohon pinjaman untuk menampung perbelanjaan seperti kos gaji, faedah pinjaman gadai janji, sewa, dan utiliti semasa pandemik COVID-19.

Menurut The New York Times, Hines berkata bahawa beliau mempunyai empat perniagaan dengan 70 pekerja dan perbelanjaan bulanan berjumlah $4 juta (RM17 juta). Bagaimanapun, afidavit menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanannya berjumlah hanya $200,000 (RM850,000).

Hines dilaporkan membeli sebuah Lamborghini Huracan bernilai $318,000 (RM1.4 juta) selepas beberapa hari menerima pinjaman tersebut.

Beliau tidak membayar gaji pekerja seperti yang dijanjikan sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang kemas, pakaian mewah, mengunjungi pusat peranginan Miami Beach dan juga laman web mencari jodoh.

Previous post

Hyundai Santa Fe Facelift Dengan Pakej N Performance

Next post

Proton Akan Perluas Rangkaian Pengurusan Kereta Terpakai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *