Berita Auto

Honda Civic Type R Limited Edition Kereta FWD Terpantas di Suzuka!

Gelaran kereta pacuan roda hadapan terpantas di Litar Suzuka yang dipegang oleh Renault Megane R.S Trophy-R sejak penghujung tahun lalu nampaknya telah dirampas oleh Honda Civic Type R Limited Edition.

Hot hatch dari Jepun itu berjaya mengelilingi litar sepanjang 5.8 km itu dengan catatan masa 2 minit 23.9 saat, iaitu 1.5 saat lebih pantas berbanding rekod 2 minit 25.4 saat yang direkodkan oleh pesaingnya dari Perancis itu.

Menurut Honda, rekod tersebut dicatat pada Februari lalu dengan Civic Type R Limited Edition versi “pembangunan”. Ia mempunyai spesifikasi yang sama dengan versi produksi, tanpa sebarang modifikasi atau penambahbaikan prestasi.

Civic Type R Limited Edition merupakan Type R paling ekstrem setakat ini. Walaupun masih kekal dengan enjin VTEC Turbo 2.0-liter yang menghasilkan 320 PS dan 400 Nm, model edisi terhad ini tidak mempunyai sistem infotainmen dan pendingin hawa, manakala bahan penebat bunyi turut dikurangkan. Ini menjadikan ia 47 kg lebih ringan berbanding versi biasa.

Selain itu, ia dilengkapi dengan rim BBS berukuran 20 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Sport Cup 2. Bukan itu sahaja, perisian sistem peredam adaptif dan sterengnya turut ditala semula bagi menjadikan ia lebih lincah di selekoh.

Pengeluaran Civic Type R Limited Edition dihadkan kepada 1,000 unit sahaja, dengan 600 daripadanya dikhaskan untuk pasaran Amerika Syarikat, 100 untuk Kanada dan 20 untuk United Kingdom.

Previous post

Hyundai Dedah Reka Bentuk Elantra N Line

Next post

JAC Jiayue X8 SUV Cina Baharu Yang Memuatkan 5, 6 Atau 7

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *