Berita Auto

Honda Civic Type R Limited Edition Habis Dijual

Honda mengesahkan bahawa kesemua 20 unit Honda Civic Type R Limited Edition yang diperuntukkan untuk pasaran UK telah habis dijual.

Apa yang menarik, model edisi terhad itu belum pernah dipertontonkan kepada umum tetapi ia nyata tidak menghalang 20 peminat tegar Honda di negara itu untuk mendapatkannya.

Diperkenalkan kira-kira sebulan lalu, Civic Type R Limited Edition ditawarkan dalam warna Sunlight Yellow bersama dengan lencana ‘CIVIC’ dalam kemasan krom gelap di belakang.

Bumbung, cermin sisi dan saluran udara bonet pula diberikan warna hitam berkilat untuk penampilan yang lebih agresif. Turut disertakan adalah rim aloi BBS berukuran 20 inci dan tayar Michelin Cup 2 yang direka untuk pemanduan litar.

Sistem infotainmen dan pendingin hawa dibuang, manakala penebat bunyi pada bumbung, panel belakang, bampar dan papan pemuka turut dikurangkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang maksimum.

Kuasa bagaimanapun tidak berubah. Enjin VTEC Turbo 2.0-liter itu masih menghasilkan 320 PS pada 6,500 rpm dan 400 Nm dari 2,500 hingga 4,500 rpm, membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.7 saat.

Previous post

Senarai Lebuh Raya Malaysia Yang Ditutup Kerana PKP COVID-19

Next post

10,000L Minyak Sawit Tumpah Di Lebuhraya Selepas Lori Bertembung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *