Berita Auto

Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis

Perodua telah memulakan projek perintis untuk melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih untuk memenuhi keperluan pelanggannya.

Pada peringkat awal ini, projek perintis ini melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara, yang akan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam (Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.

“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambahnya.

Perodua menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara. Menurut Dato’ Zainal, inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama.

Pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu. ‘Walk-in’ masih tidak diterima buat masa ini.

Semua pelawat mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

Berikut adalah senarai pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) yang terlibat:

NoPusatAlamatNo telefon
1Perodua Sentral PJ (3S)Lot 11 & 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor03-79474600 / 7958
2PSSB Subang JayaLot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor03-80246888
3PSSB KeramatLot 9 & 11, Lorong Enggang 31, Taman Keramat, 54200 Selangor03-42569470 / 4253
4PSSB Glenmarie (3S)No 14 & 16, Jalan Juruhebah U I/50, Temasya Industrial Park, Phase 2, 40150 Shah Alam, Selangor03-55691913 / 3984
5PSSB Balakong (3S)Lot 9257C, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor03-89626488 / 6455
6PSSB Puchong (3S)No 4 Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor03-80612112 / 6138
7PSSB Johor Bahru 1 (3S)No 75, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor07-2350920/0926/0920
8PSSB Johor Bahru 2 (3S)Lot 64280, PTD 111435, Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor07-3530808/5060/5006
9PSSB Seremban (3S)Lot 500 & 1123, Batu 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan06-6331892 / 1776
10PSSB Juru (3S)No 1678, Jalan Perusahaan, Highway Auto City North-South, Juru, 13600 Prai, Penang04-5011113/1114/1112
11PSSB PenangNo 132-E, Jalan Patani, 10150 Georgetown, Penang04-2822490/2430/2419
12PSSB Ipoh 1Lot 23, Tasek Industrial Estate, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak05-5476433 / 0433
13PSSB Kota Bharu 1 (3S)Lot 2309, Batu 4, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan09-7418201/8202/8203
14PSSB Kuantan 2No 23 Jalan IM 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350 Kuantan, Pahang09-5721650/1654/1655
15PSSB Kuching 1 (3S)Lot 5023, Block 16, KLCD Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak082-422133 / 237122
16PSSB Kota Kinabalu 2Mile 7, Jalan Putatan, 88300 Penampang, Sabah088-769123 / 124
NoPusatAlamatNo telefon
1PSSB Subang Jaya B&PLot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor03-80244888 / 8023
2PSSB Balakong B&PBlock B, Lot 9257,38635 & 27616, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor03-89610854 / 0897
3PSSB Kota Bharu B&PLot 2309, Bt 4, Jln Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan09-7418201 / 8202
Previous post

Senarai Harga Baharu BMW dan MINI

Next post

Pusat Servis Bermaz Bakal Guna Minyak Sintetik Penuh Petronas Syntium

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *