Berita Auto

Pusat Servis Bermaz Bakal Guna Minyak Sintetik Penuh Petronas Syntium

Bermaz Motor hari ini mengumumkan pelantikan Petronas Lubricants Market Malaysia (PLMM) sebagai pembekal minyak enjin sintetik penuh Petronas Syntium kepada pusat servis Bermaz Motor.

Menurut Dato’ Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Motor, bermula bulan hadapan, minyak enjin sintetik penuh Petronas Syntium akan menggantikan minyak enjin separa sintetik yang digunakan di semua pusat servis Bermaz Motor.

Ia akan diberikan kepada semua kenderaan Mazda yang masih layak untuk pakej penyelenggaraan percuma dan yang paling penting, pelanggan tidak perlu menanggung sebarang kos tambahan.

Baru-baru ini, Bermaz Motor melanjutkan waranti lima tahun dan penyelenggaraan percuma lima tahun untuk pemilik Mazda yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi mematuhi penjarakan sosial, syarikat itu turut memperkenalkan perkhidmatan tanpa sentuhan (Contactless Service) di mana pelanggan boleh menikmati kemudahan seperti Ambil & Hantar dan Servis Mudah Alih. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada semua pemilik kenderaan Mazda.

Previous post

Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis

Next post

Senarai Harga Baharu Nissan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *