Berita Auto

Peugeot 204 Meraikan 55 Tahun Kecemerlangan

Ada anda nampak dia di jalanan kebelakangan ini?

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia kelas menengah pada tahun 60an, idea untuk memandu kereta Perancis adalah chic dan bergaya. Pemilikan bermaksud mempunyai pekerjaan dengan gaji yang baik. Saingannya, Renault tidak memberikan pengalaman bermotor yang tepat pada masa itu, Citroen terlalu asas atau terlalu mahal dengan penggantungan hidromantik dan gaya angkasanya jadi terserahlah kepada Peugeot untuk mengisi jurang pembeli kelas menengah dan pilihan bagi kebanyakan adalah kereta yang kelihatan agak ganjil ini mengikut standard masa kini.

Lima puluh lima tahun yang lalu sebuah kereta dilancarkan yang menandakan kelahiran kereta kecil bergaya dan berkualiti tinggi yang Peugeot terkenal dengasn hingga ke hari ini di Eropah.

Peugeot 204 Celebrates 55 Years
Peugeot 204 Celebrates 55 Years
Peugeot 204 Celebrates 55 Years
Peugeot 204 Celebrates 55 Years

Kami menganggap kereta pacuan roda depan sudah biasa sekarang, tetapi setengah abad yang lalu, kereta itu luar biasa dan revolusi. Itu bermaksud bahawa Peugeot 204 ini berada di barisan hadapan inovasi automotif ketika diperkenalkan kepada dealer Peugeot yang terkejut di Paris pada 22 April 1965.

204 adalah kereta pacuan roda depan pertama PEUGEOT, yang terdiri daripada enjin aloi ringan dengan camshaft overhead, kotak gear melintang, empat roda bebas dan brek cakera depan.

Walaupun salun yang dirancang Pininfarina yang bergaya itu kelihatan agak konservatif, bentuk empat pintunya merangkumi beberapa inovasi. Setelah hampir lapan tahun dalam pembangunan, 204 adalah Peugeot pertama yang mempunyai roda didorong di bahagian depan. Ia menjadi produksi pertama Peugeot yang mempunyai brek cakera di bahagian depan dan terdapat penggantungan bebas sekeliling. Tetapi boleh dikatakan revolusi terbesarnya adalah pada ukuran kereta.

Peugeot 204 ini adalah sebuah kereta keluarga kecil yang dihasilkan oleh Peugeot antara tahun 1965 dan 1976. 204 ini, yang dikenali dalam pembangunan sebagai Project D12, tersedia dalam banyak gaya badan termasuk sedan / saloon / berline, convertible / cabriolet, hatchback / coupe, estate / wagon dan sebuah van. Ia dilancarkan di Paris, Perancis pada 23 April 1965 dan menjadi kereta terlaris di Perancis dari tahun 1969 hingga 1971.

Sedan empat pintu itu disertai pada tahun 1966 dengan coupe tiga pintu dan model cabriolet dan akhirnya dengan sebuah van, yang semuanya membolehkan kereta tersebut mengekalkan gelaran kereta paling popular di Perancis sehingga tahun 1971.

Sampai pada masa ia dihentikan dan digantikan dengan 304 yang lebih besar dan lebih premium pada tahun 1976, 204 telah menempatkan Peugeot dengan kuat di pasaran massa dan telah membantu menentukan segmen kereta bersaiz kecil hingga sederhana.

Hari ini, nilai hero automotif Perancis yang dilupakan ini tidak mahal. Kami nampak harga yang masuk akal dalam iklan kereta terpakai Eropah dan di iklan Malaysia, ia telah hilang sepenuhnya. Beberapa minggu carian biasa menunjukkan tidak ada kereta yang dijual. Tetapi bercakap dengan pemilik kereta klasik menunjukkan bahawa puluhan masih bersama pengumpul dan pesara di bandar kecil yang masih menggunakan 204 mereka.

Pernah berlakun dalam filem 1997 Datin Seri Shuhaimi Baba – Layar Lara
Tuan punya kereta ketika itu, Ibrahim Elias

Previous post

Percaya Atau Tidak Jualan Kia Di Korea Lebih Banyak Pada April 2020 Berbanding April 2019

Next post

Mazda Kini Kembali Dengan Perkhidmatan Tanpa Kontak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *