Berita Auto

Mazda Kini Kembali Dengan Perkhidmatan Tanpa Kontak

Pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Auto telah mengumumkan penyambungan semula operasi pusat servis bermula 12 Mei.

Dalam usaha untuk mengurangkan kontak antara pelanggan dan kakitangannya, syarikat itu memperkenalkan Perkhidmatan Tanpa Kontak (Contactless Service) yang menawarkan pilihan Ambil & Hantar (Collect & Deliver) atau Servis Mudah Alih (Mobile Service).

Untuk Ambil & Hantar, kakitangan Bermaz akan datang ke lokasi pilihan pelanggan untuk mengambil kereta dan menghantarnya semula selepas siap diservis. Lokasi pilihan perlu berada di dalam radius yang tidak melebih 10 km dari pusat servis.

Servis Mudah Alih pula menyaksikan juruteknik Bermaz melakukan servis di rumah pelanggan. Perkhidmatan ini sebenarnya sudah ditawarkan sejak 2107. Menurut Bermaz, kereta pelanggan akan dibasmi kuman sebelum dan selepas servis.

Selain itu, Bermaz turut mengumumkan perlanjutan waranti dan penyelenggaraan percuma bagi pelanggan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebuah laman web khas juga telah diwujudkan untuk memberikan pelanggan maklumat terkini serta tips penjagaan kenderaan semasa PKP.

Previous post

Peugeot 204 Meraikan 55 Tahun Kecemerlangan

Next post

Litar Antarabangsa Sepang Dibuka Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *