Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Range Rover Evoque dan Discovery Sport Kini Dalam Versi PHEV

Pada masa kini, pengenalan varian hibrid plug-in (PHEV) untuk sesuatu model itu sudah menjadi kebiasaan terutamanya di kalangan pengeluar kenderaan mewah.

Terbaru, Land Rover mengesahkan dua model keluarannya iaitu Range Rover Evoque dan Discovery Sport kini ditawarkan dalam versi PHEV yang boleh dikenali menerusi lencana P300e.

Kedua-dua model tersebut menampilkan enjin Ingenium 1.5-liter tiga silinder dengan 200 PS dan sebuah motor elektrik berkuasa 109 PS (80 kW) yang diintegrasikan ke dalam gandar belakang.

Motor elektrik tersebut pula dijana oleh bateri lithium-ion berkapasiti 15kWh yang terletak di bawah tempat duduk belakang. Gabungan ini memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 309 PS.

Dari segi prestasi, Evoque boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 6.4 saat manakala Discovery Sport 6.6 saat. Kedua-duanya boleh mencapai kelajuan maksimum 135 km/j dengan menggunakan kuasa elektrik sahaja.

Evoque mempunyai jarak pemanduan elektrik sejauh 66 km dengan ekonomi penggunaan bahan api 1.4 L/100 km, manakala Discovery Sport pula boleh dipandu sejauh 62 km tanpa menggunakan setitik bahan api dan penggunaan bahan apinya adalah 1.6 L/100 km.

Untuk pengecasan pula, kedua-dua model memerlukan masa 30 minit untuk mencapai tahap kuasa 80 peratus.

Dari segi pemanduan, pemandu mempunyai tiga pilihan mod iaitu Hybrid yang menggunakan gabungan kuasa enjin dan motor elektrik, EV untuk pemanduan 100 peratus elektrik dan Save untuk menyimpan tenaga elektrik pada tahap yang ditentukan.

Previous post

Honda, SOCAR Jalin Kerjasama Sediakan 50 Unit City Untuk 'Frontliners'

Next post

CLA Coupé, CLA Shooting Brake Dan GLA Sekarang Dengan EQ Power

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *