Berita Auto

Jenama Bahan Api Baharu FIVE Masuk Pasaran Malaysia

Sebuah syarikat petroleum baharu di Malaysia iaitu FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd telah dilancarkan secara rasmi dan bakal membuka stesen pertamanya di Kalumpang, Selangor pada bulan ini.

Menurut pengerusi syarikat Dato’ Haji Juhari Bin Abdul Ghani, syarikat itu telah memperoleh kontrak bekalan dari PETRONAS bagi memastikan penawaran bahan api FIVE yang dijenamakan sebagai Ultimaxx memenuhi piawaian kualiti tertinggi.

FIVE akan diuruskan oleh syarikat sama yang mengasaskan Seng Group. Ditubuhkan pada 1971, Seng Group merupakan pelopor perniagaan runcit petrol sejak lima dekad lalu. FIVE telah menerima lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Januari 2020.

Untuk kemudahan pengguna, FIVE akan membuka kedai runcitnya sendiri yang dikenali sebagai Woo! Mart. Selain itu, sebagai sebahagian daripada pergerakan digital di negara ini, syarikat itu bakal tampil dengan aplikasi telefon pintar dan program kesetiaan pengguna.

Bagi golongan usahawan baharu, FIVE akan menawarkan persediaan stesen yang lebih kecil dan mudah yang dikatakan bakal merevolusikan pasaran runcit petroleum di Malaysia.

Previous post

Operasi Toyota, Lexus Ditutup Sementara

Next post

Toyota Supra 2.0L Turbo Tidak Akan Datang Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *