Berita Auto

Operasi Toyota, Lexus Ditutup Sementara

UMW Toyota mengumumkan bahawa operasi perniagaan semua wakil pengedar Toyota dan Lexus akan dihentikan buat sementara waktu hingga hujung bulan ini.

Keputusan dibuat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan pada 16 Mac lalu.

Presiden UMW Toyota Ravindran K berkata, “Keselamatan pekerja, pihak berkepentingan dan pelanggan kami sangat penting. Walaupun operasi kami ditutup, kami masih boleh dihubungi oleh pelanggan yang memerlukan sebarang bantuan yang berkaitan dengan kenderaan Toyota dan Lexus mereka.”

Operasi pengeluaran di kilang Assembly Services Sdn. Bhd. turut dihentikan untuk sementara waktu. Buat masa ini, tiada perancangan untuk penggantungan operasi di luar Malaysia.

Bukan itu sahaja, UMW Toyota Motor turut mengambil keputusan untuk membatalkan pusingan akhir Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge Musim ke-3 yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 April 2020 di Litar Antarabangsa Sepang.

Sebelum pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan, acara tersebut dijadulkan berlangsung secara tertutup.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan, hubungi Toyota FREEPHONE di talian 1800-88-TOYOTA (869862) atau Lexus FREEPHONE di talian 1800-88-LEXUS (53987).

Previous post

Bilik Pameran dan Pusat Servis Tan Chong Ditutup Sementara Waktu

Next post

Jenama Bahan Api Baharu FIVE Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *