Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Michelin X Multi Z 2 Terjah Pasaran Tayar Trak Asia

Michelin hari ini mengumumkan pelancaran tayar trak X Multi Z 2 yang merupakan penambahan baharu dalam barisan produk jenamanya di rantau Asia Timur dan Australia.

Dilengkapi dengan inovasi teknologi terbaharu, tayar serbaguna untuk operasi Serantau dan Lebuh Raya ini menawarkan jangka hayat yang terpanjang serta prestasi yang dinaik taraf.

Model terbaru ini mengenengahkan tiga inovasi iaitu Regenion, Infinicoil dan HT Nylon.

Regenion merupakan teknologi Michelin yang meliputi aluran (grooves) tayar berlainan bentuk bagi menjamin canggaan (deformation) bunga tayar yang minimum sekaligus menyumbang kepada rintangan guling yang lebih rendah dan penjimatan bahan api.

Infinicoil pula meningkatkan tahap keteguhan tayar menerusi lapisan bunga tayar yang diperkukuhkan dengan dawai keluli sepanjang 400 meter (bergantung kepada saiz tayar) di dalam selongsongnya.

Sementara itu, HT Nylon meningkatkan ketahanan lekuk (bead) tayar yang bukan sahaja membantu mengurangkan kadar kerosakan tayar berkaitan penggunaan jarak jauh/berkelajuan tinggi serta kitar penggunaan berterusan sebanyak 10%, malah meningkatkan tahap keupayaan untuk mencelup (retreadability) tayar berkenaan.

Di Malaysia, Michelin X Multi Z 2 terbaharu kini boleh didapati dalam dimensi 11R22.5 menerusi wakil pengedar tayar trak Michelin yang bertauliah di seluruh negara.

Previous post

SSC Tuatara Hadir Dengan 1,750 HP

Next post

Perlindungan Takaful Percuma Untuk Pembeli Nissan X-Trail dan Serena S-Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *