Berita Auto

Ini Dia Kia Sorento 2021

Kia telah mendedahkan gambar rasmi Sorento serba baharu yang bakal membuat kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show pada Mac ini.

Seperti yang boleh dilihat, model generasi keempat ini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih gagah dan matang, hasil daripada kerjasama antara studio rekaan Kia di Korea, Eropah dan Amerika Syarikat.

Antara ciri yang paling menyerlah adalah jeriji hidung harimau yang lebih besar serta lampu nyalaan siang LED yang diinspirasikan oleh mata harimau. Di belakang, rekaan lampu menegak berkembar dan kemasan pada bahagian bampar memberikan perwatakan yang lebih menonjol berbanding versi sebelum ini.

Di dalam, Sorento tampil dengan rekaan kabin yang mewah yang diserlahkan lagi menerusi gabungan kemasan metalik, upholsteri kulit dan permukaan kayu.

Seperti Mercedes-Benz, model ini mempunyai paparan besar yang terdiri daripada skrin sentuh berukuran 10.25 inci dan paparan instrumen digital 12.3 inci. Ia juga dilihat mempunyai sistem pencahayaan ambien dan tombol gear bulat seperti model keluaran Jaguar dan Land Rover.

Kia bagaimanapun belum mendedahkan lagi butiran mengenai enjin yang akan ditawarkan pada Sorento.

Previous post

Ford Mustang Mach-E, Crossover Elektrik Ford

Next post

NAP 2020 Bocor: Elektrifikasi Akan Dapat Insentif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *