Cerita Auto

Boleh Socar Balik Kampung Sama Ada Dari KL, Pulau Pinang Atau Johor

Sekarang boleh balik kampung dengan kereta tanpa memiliki kereta.

Zaman sekarang ramai yang mengamalkan gaya hidup tanpa kereta. Terima kasih kepada SOCAR, pemandu yang tidak memiliki kereta boleh balik kampung atau perjalanan antara bandar dengan menggunakan perkhidmatan One-Way Intercity. Tempah kereta yang sesuai dengan keperluan anda daripada senarai lebih 2,000 kereta yang kian berkembang, merangkumi 27 model berbeza.   

SoCar

Perkhidmatan One-Way Intercity membolehkan pengguna menempah perjalanan sehala sama ada dari atau ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru tanpa sebarang bayaran tambahan bagi perjalanan sehala. Untuk menempah, anda hanya perlu membuka aplikasi SOCAR untuk melihat lokasi zon ‘ambil’ (pick-up) dan ‘tinggal’ (drop-off) yang ada, sebagaimana ditunjukkan oleh pin ‘antara bandar’ (Intercity). Pilih zon ambil dan tinggal yang sesuai untuk perjalanan anda bagi mengesahkan tempahan, dan anda bersedia untuk membuat perjalanan. Zon antara bandar yang disediakan termasuklah Bangsar di Kuala Lumpur, Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Ah Yit di Johor Bahru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri perkhidmatan One-Way Intercity SOCAR dan lokasi yang ada, sila layari https://blog.socar.my/2019/12/24/intercity/

SOCAR di Lapangan Terbang

Jangan bimbang jika anda perlu menaiki penerbangan, kenderaan SOCAR juga boleh didapati di lapangan terbang. Ambil atau tinggalkan kereta SOCAR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai untuk memudahkan keperluan pengangkutan anda.

SOCAR Sekarang di Ipoh

SOCAR Malaysia kini telah mengembangkan perkhidmatannya ke Ipoh mulai Jumaat, 17 Januari 2020. Jika anda berada di Ipoh, anda boleh memilih kereta daripada model seperti Honda City, Perodua Axia, Perodua Myvi dan Toyota Altis.

Para pengguna boleh mengambil kenderaan mereka di lokasi-lokasi seperti KTM Ipoh, Tesco Ipoh Garden, Caltex Jalan Kampar, Caltex Canning Garden dan Caltex Jalan Pasir Puteh. Kereta tambahan di Ipoh Parade dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan konsep perkongsian kereta. Sepanjang tempoh pengenalan, pengguna baru di Ipoh boleh menikmati 3 jam percuma ke atas 2 tempahan SOCAR pertama mereka bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2020.

*Harap maklum bahawa perkhidmatan One-Way Intercity tidak terdapat di Ipoh ketika ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengembangan perkhidmatan SOCAR ke Ipoh, sila layari https://blog.socar.my/2020/01/17/socar-is-now-in-ipoh/

Muat turun aplikasi SOCAR di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai promosi serta tawaran.

Previous post

Muzium Ferrari Dikunjungi Lebih 600,000 Pelawat Pada 2019

Next post

Pasukan Pemimpin Maserati Ada Anggota Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *