Berita Auto

Kereta Kegemaran Dunia Masih Toyota Corolla

Kini tiba jualan terbaik global yang baharu.

Sehingga 1966 Volkswagen adalah jenama kereta terlaris di dunia dengan ‘Beetle’ yang tidak boleh dilkalahkan. Pengerusi dan lembaga pengarah Volkswagen bertemu secara kerap untuk bersorak atas kejayaan mereka. Sehingga tahun 1966! Kemudian pada pertengahan tahun 1966, sebuah jenama kereta kecil dari Jepun mengeluarkan sedan kecil yang hampir tidak diketahui oleh jenama kereta besar Amerika dan Eropah dan menjelang akhir tahun 1966, kereta kecil yang unik ini menjadi kereta jualan No.1 di dunia , melepasi Volkswagen Beetle yang perkasa.

Toyota Corolla

Bayangkan apa yang Pengerusi Volkswagen terpaksa berurusan dengan pada suku terakhir tahun 1966 dengan para pemegang saham selepas bertahun-tahun menikmati kejayaan hebat dengan Volkswagen Beetle.

Ya! Toyota Corolla menjadi kegemaran di seluruh dunia sejak modelnya yang pertama. Tidak ada yang menyangka kenderaan ini mampu mengulingkan Volkswagen Beetle dengan berjuta-juta buah kereta.

Jurutera Toyota pastinya mempunyai matlamat itu apabila mereka memberikan kereta baru mereka nama “Corolla.” Nama berasal dari perkataan Latin yang bermaksud “mahkota kecil,” dan model terbaru 2019 ini membawa satu lagi entri dalam sejarah yang berterusan kereta keluarga yang sangat berjaya ini.

Ianya diketahui dunia dengan jelas bahawa Toyota telah menghasilkan beberapa kenderaan yang amat mengagumkan yang pernah dilihat oleh dunia dari serendah Corolla hingga ke Land Cruiser yang hebat.

Pada tahun 1968 Toyota Corolla diperkenalkan kepada pembeli kereta Amerika dan ketika itu Toyota telah menjual 1.1 juta unit di bahagian lain dunia. Meloncat ke masa kini, 2019 dan Toyota telah menyerahkan lebih daripada 43 juta kenderaan kepada para pelanggan gembira di seluruh dunia, yaitu lebih dari 50 tahun dan Toyota Corolla yang humble ini telah menikmati dan merayakan status sebagai salah satu kereta terlaris sepanjang zaman.

Jadi, apa yang menjadikan Toyota Corolla sebagai model jualan terbaik, model demi model, tahun demi tahun?

Well, ianya bermula dengan kebolehpercayaan yang terbaik, perbatuan bahan api yang baik, senang dibaiki, senang dapat bahagian dan komponen dan nilai jualan semula yang hebat hampir di mana-mana sahaja dijual.

Sepanjang 50 tahun yang lalu Toyota Corolla mempunyai banyak variasi yang berbeza dan dengan pelbagai nama bergantung kepada pasaran di mana ia dijual. Berikut adalah beberapa nama yang berlainan yang Toyota Corolla pernah dikenali sebagai:

  • Corolla Allex
  • Corolla Blade
  • Corolla Ceres
  • Corolla Fielder
  • Corolla Levin
  • Corolla Matrix
  • Corolla Rukus
  • Corolla Rumion
  • Corolla RunX
  • Corolla Seca
  • Corolla Spacio
  • Corolla Tercel
  • Corolla Verso
  • Corolla Altis untuk Malaysia

Dengan beberapa kemajuan dalam teknologi, keselesaan, prestasi, dan banyak lagi, Toyota Corolla masih terus menjadi salah satu kereta terlaris di dunia. Pasukan di belakang Toyota Corolla telah berjaya mengendalikan nadi kepuasan pelanggan selama lima dekad yang lalu, menjadikannya salah satu kereta yang paling disukai dan ikonik dalam industri.

Previous post

BMW M8 Competition Coupe 2020 Kereta Impian Ramai

Next post

Yamaha Ego Solariz 2020 Dapat Empat Warna Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *