Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha Ego Solariz 2020 Dapat Empat Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan empat pilihan warna baharu untuk Yamaha Ego Solariz.

Mulai Disember 2019, model skuter tersebut boleh didapati dalam warna merah, biru, cyan dan emas. Harga tidak berubah iaitu RM5,234 tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans.

Dilancarkan buat pertama kali pada 2017, Ego Solariz dikuasakan oleh enjin BlueCore 125 cc yang menghasilkan 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi tali sawat-V automatik.

Antara ciri-ciri yang ada termasuklah lampu penunjuk Eco pada panel meter, serta ruang simpanan berkapasiti 10 liter yang terletak di bawah tempat duduk.

Model ini turut didatangkan dengan tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, serta brek cakera hidraulik di hadapan dan brek gelendong di belakang.

Previous post

Kereta Kegemaran Dunia Masih Toyota Corolla

Next post

Lebih 200 Unit Proton X70 Ditempah Melalui Shopee

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *