Cerita Auto

Toyota Corolla Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia

Selepas hampir sebulan dibuka untuk tempahan, Toyota Corolla generasi ke-12 kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Sedan ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.8E dan 1.8G yang merupakan varian tertinggi.

Toyota Corolla

Sebagai sebuah model serba baharu, Corolla tampil dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang menjanjikan prestasi, dinamik pemanduan dan tahap keselesaan yang lebih tinggi.

IMG_1368

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 2ZR-FE 1.8-liter empat silinder DOHC VVT-I yang menghasilkan 139 PS pada 6,400 rpm dan 172 Nm pada 4,000 rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi Shiftmatic CVT tujuh kelajuan yang boleh diakses menggunakan paddle shifter (1.8G sahaja).

Berikut adalah kelengkapan yang disertakan pada Corolla 1.8G:

Luaran

  • Lampu automatik Bi-LED Projector
  • Pengelap cermin automatik

IMG_1369

  • Rim aloi 17 inci
  • Pilihan warna Celestite Gray Metallic, White Pearl CS, Silver Metallic, Red Mica Metallic dan Attitude Black

Dalaman

  • Meter Optitron
  • Paparan multi-info (MID) TFT 7 inci
  • Pendingin hawa dua zon dengan corong udara belakang

71804527_555514418591307_8228938050990768128_n

  • Stereng pelbagai fungsi dengan butang kawalan audio, telefon, Cruise Control & Lane Tracing Assist
  • Upholsteri kulit
  • Pelarasan kuasa 8 cara untuk kerusi pemandu (juga terdapat pada 1.8E)

71730208_411649473065007_909416194866413568_n

  • Smart Entry and Start System (juga terdapat pada 1.8E)
  • Mod Sport dan ECO (juga terdapat pada 1.8E)

Dari segi keselamatan, varian 1.8G dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri berikut:

  • Auto High Beam (AHB)
  • Pre-Collision System (PCS)

IMG_1371

  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)

Selain itu, tujuh beg udara, Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), ABS, Hill-Start Assist Control (HAC), Emergency Stop Signal (ESS), Tyre Pressure Warning System dan Isofix didatangkan standard pada Corolla.

71679384_394610041214467_7356068342731374592_n

Untuk keselamatan tambahan, UMW Toyota Motor turut menawarkan Vehicle Telematics System (TCS). Secara asasnya, sistem ini menggunakan GPS/GSM untuk mengesan kedudukan kenderaan pada setiap masa jadi ia kereta dicuri, kemungkinan untuk dikesan semula oleh pihak polis adalah tinggi.

71725578_2295762810551341_4434291336388018176_n

TCS juga boleh memantau dan merekod kelajuan kenderaan serta data-data lain. Data ini akan dihantar kepada pemilik melalui email.

72856170_1373546166154660_6222471888854056960_n

Harga Corolla bermula dari RM136,888 bagi varian 1.8G dan RM128,888 bagi 1.8E. Model ini diimport (CBU) dari kilang pengeluaran Toyota di Thailand.

Previous post

Aduan Kerosakan Kereta Dan Panggilan Telefon Tidak Pernah Dijawab

Next post

England Melihat Lonjakan Besar Dalam Jualan Mobiliti Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *