Berita Auto

Toyota Corolla Serba Baharu Dibuka Untuk Tempahan

UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa Toyota Corolla serba baharu akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan sedan itu dibuka untuk tempahan bermula hari ini.

Toyota Corolla serba baharu

Corolla akan ditawarkan dalam varian 1.8G dan 1.8E, dengan harga anggaran masing-masing RM136,888 dan RM128,888.

Direka semula sepenuhnya dan dibangunkan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), sedan itu menjanjikan prestasi, dinamik pemanduan serta tahap keselesaan yang lebih baik.

Toyota corolla fb

Ia juga mendapat teknologi Toyota Safety Sense (TSS) terkini yang menampilkan sistem keselamatan terbina untuk pengalaman pemanduan lebih selamat, di samping pelbagai ciri sofistikated.

Corolla dianggap sebagai salah satu model paling laris di dunia dan ia merupakan antara model pertama yang dipasang di Malaysia kira-kira 50 tahun lalu.

Previous post

Ferrari 812 GTS Dari 0-100km/h - Kurang 3 Saat - Tanpa Bumbung

Next post

Inilah Akibatnya Pasang Tint RM199 Tak Sampai Setahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *