Berita Auto

Proton X70 Kenderaan Rasmi Persidangan MyAPEC 2020

Proton X70 telah dipilih menjadi antara kenderaan rasmi bagi persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 atau MyAPEC 2020.

Model SUV ini akan digunakan untuk menyokong forum sepanjang tahun itu yang mempromosikan kerjasama ekonomi di rantau Asia-Pasifik.

Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON berkata, “Dengan adanya ciri-ciri pintar, pengendalian yang mantap, dan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP, kami percaya bahawa Proton X70 boleh mencerminkan kerjasama erat antara negara-negara melalui persidangan seperti APEC yang bergabung demi menaik taraf antara satu sama lain, sekaligus meningkatkan keupayaan keseluruhan industri dan ekosistem sokongan.”

“Sepanjang forum ini dijalankan, kereta-kereta yang digunakan akan dijaga rapi melalui 120 rangkaian pusat 3S/4S Proton yang akan beroperasi menjelang akhir tahun 2019,” tambah beliau.

APEC terdiri daripada 21 ekonomi yang akan melawat Malaysia sepanjang 2020 di mana Jawatankuasa Kerja akan membincangkan pelbagai isu ke arah integrasi dalam ekonomi serantau.

Perbincangan mengenai perdagangan dan pelaburan bebas serta terbuka juga dipertingkat dengan menangani isu-isu mengenai penerimaan digitalisasi, meningkatkan usaha pembangunan sumber manusia, memperkasakan wanita dan lain-lain lagi.

Previous post

Kenapa Polisi Automotif Negara Kita Masih Tergendala?

Next post

BMW Tawar Android Auto Bermula Julai 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *