Berita Auto

BMW Tawar Android Auto Bermula Julai 2020

Bermula Julai 2020, BMW akan menawarkan ciri Android Auto pada kenderaannya yang mempunyai sistem operasi BMW Operating System 7.0.

Dengan ciri ini, pelanggan boleh menyambungkan telefon pintar Android mereka secara wayarles, sekaligus memberikan akses kepada pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.

Android Auto diintegrasikan secara langsung dalam kokpit digital kenderaan BMW, bermakna pelanggan boleh melihat semua maklumat penting bukan sahaja pada skrin infotainmen, malah juga pada kluster instrumen dan paparan ‘head up’.

Selain itu, ciri Google Assistant turut hadir bagi membolehkan pelanggan mendapatkan arah memandu, membuat panggilan dan sebagainya tanpa perlu menggunakan tangan.

“Ramai pelanggan kami telah menunjukkan pentingnya mereka mempunyai Android Auto di dalam BMW untuk menggunakan ciri-ciri telefon pintar Android dengan selamat tanpa menjejaskan tumpuan di jalan raya, selain fungsi dan perkhidmatan BMW sendiri,” kata Peter Henrich, naib presiden kanan pengurusan produk BMW.

BMW akan melakukan demonstrasi Android Auto mereka di Consumer Electronics Show (CES) 2020 pada Januari tahun hadapan.

Previous post

Proton X70 Kenderaan Rasmi Persidangan MyAPEC 2020

Next post

Perodua Tweckbot Singgah di Kota Kinabalu Sempena Krismas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *