Bisnes

Proton Serah X70 Kepada Kerajaan Pakistan

Ketika Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Pakistan pada Mac tahun ini, beliau telah menghadiahkan kepada Perdana Menteri Pakistan, Tuan Yang Terutama Imran Khan sebuah Proton X70. SUV itu kini telah diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Pakistan.

Meskipun unit pertama itu dikhaskan untuk Imran Khan, ia bukanlah satu-satunya X70 yang akan berada di Pakistan. Ini kerana pembinaan sedang dijalankan di Karachi untuk sebuah kilang pemasangan CKD baharu yang akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan.

Aktiviti pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun 2021 dengan pelbagai pelan dirancang secara teratur untuk pemasangan beberapa model di negara tersebut.

Melalui pembinaan kilang pemasangan di Pakistan dengan kerjasama ALHAJ Automotive, Proton berharap dapat menikmati pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara tersebut. Matlamat jangka panjangnya adalah untuk untuk menjual 400,000 unit kereta menjelang 2027.

Kilang pemasangan CKD baharu di Karachi itu akan dibina dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta (RM124 juta) dan akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya. Dianggarkan pula akan terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan tidak langsung setelah kilang tersebut siap dibina.

Khalid Yusof, Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton berkata,”Proton melihat pelbagai potensi di Pakistan dan oleh kerana Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai jenama automotif sendiri, kedua-dua negara dilihat sebagai rakan usaha sama semula jadi yang mempunyai pelbagai kelebihan bersama yang boleh dikongsi antara satu sama lain. Proton X70 telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia dan kami berharap agar perkara yang sama dapat dicapai di Pakistan.”

“ALHAJ Automotive akan memanfaatkan pengedar sedia ada di seluruh negara itu untuk mula menjual kereta- kereta Proton secepat mungkin sementara kami membangunkan cawangan 3S/4S. Kami akan menghantar unit-unit CBU dari Malaysia sebagai permulaan operasi di Pakistan sebelum memasarkan unit CKD sebaik sahaja kilang pemasangan itu mula beroperasi,” ujar Al-Haj Shah Jee Gul Afridi.

Previous post

PDRM Tawar Diskaun Sehingga 50% untuk Saman Hari Natal Ini

Next post

Temujanji Dengan Nissan Skyline 2000 Turbo RS 1983 Di Tokyo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *