Berita Auto

Lebih 200 Unit Proton X70 Ditempah Melalui Shopee

Proton mengumumkan bahawa lebih 200 unit X70 ditempah dalam tempoh beberapa hari selepas Jualan Hari Lahir 12.12 yang diadakan melalui Shopee.

Ini membuktikan SUV premium segmen C itu masih popular dan tempahan kenderaan melalui Internet semakin diterima ramai.

Terdapat insentif khas ditawarkan di mana pelanggan yang menggunakan Shopee boleh membuat tempahan dengan bayaran hanya RM99, berbanding bayaran tempahan seperti biasa iaitu sebanyak RM1,000.

Bagi 50 pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember 2019, mereka akan menerima baucar Shopee sebanyak RM2,000 dan tambahan promosi yang ditawarkan Proton bagi bulan ini.

Oleh kerana terdapat perubahan pada corak pembelian masa kini, Proton mengambil langkah untuk memastikan ia bergerak selari dengan perubahan tersebut untuk kekal relevan.

Usaha sama dengan Shopee adalah salah satu langkah yang diambil Proton dalam mencari jalan atau cara baharu untuk berhubung dengan pelanggan.

“Proton perlu bergerak seiring dengan perubahan ini untuk kekal relevan dan dalam pada masa yang sama Syarikat menyusun strategi untuk menambah tarikan pelanggan melalui peningkatan jumlah pusat 3S/4S, Syarikat juga perlu menggunakan teknologi yang ada bagi memacu mobiliti perniagaan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Disebabkan X70 mendapat sambut hangat, Proton telah menambah penawaran produknya untuk memasukkan model Iriz, Exora, Persona dan Saga melalui platform itu.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai tempahan melalui Shopee, layari https://shopee.com.my/proton.os.

Previous post

Yamaha Ego Solariz 2020 Dapat Empat Warna Baharu

Next post

VIDEO: Nissan LEAF Sebenarnya Boleh Drift!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *