Hibrid, Elektrik, Hidrogen

VIDEO: Nissan LEAF Sebenarnya Boleh Drift!

Melakukan ‘drift’ adalah perkara terakhir yang terlintas di fikiran apabila sedang memandu kenderaan elektrik (EV). Tetapi itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Nissan dengan LEAF dalam video terbaru syarikat itu.

Bagi membuktikan yang EV tidak lagi membosankan, Nissan telah menjemput seorang pemandu ‘drift’ profesional untuk melakukan aksi tersebut dengan model LEAF generasi kedua.

Seperti yang ditunjukkan di dalam video berdurasi 62 saat itu, LEAF mampu mencapai kuasa dan tork maksimum dengan mudah sambil melakukan ‘burnout’ dan ‘donut’ tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Apa yang menarik, sedang semua aksi ini dilakukan, emisi LEAF kekal pada tahap kosong. Bukankah ini sesuatu yang mengagumkan?

Spesifikasi Nissan LEAF
Enjin: Motor elektrik
Kapasiti bateri: Lithium-ion 40 kWh
Kuasa: 150 PS
Tork: 320 Nm
0-100 km/j: 7.9 saat
Kelajuan maksimum: 155 km/j
Harga: RM188,888

Previous post

Lebih 200 Unit Proton X70 Ditempah Melalui Shopee

Next post

Berapakah Banyak Duit Habis Setiap Tahun Kerana Lubang Di Jalan?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *