Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Wave Alpha Baharu Dilancarkan – Dari RM4,339

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Wave Alpha yang ditambahbaik untuk tahun 2020.

Dilancarkan buat pertama kali pada 2015, Wave Alpha kini hadir dengan bahagian hadapan yang direka semula, lengkap dengan lampu isyarat untuk penampilan lebih aerodinamik.

Ditawarkan dalam versi rim spoked dan rim sport, Wave Alpha boleh didapati dalam tiga warna baharu iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, dengan rekaan grafik terkini untuk penampilan yang lebih segar.

Selain itu, untuk keselesaan pembonceng, model ini turut mendapat pemegang belakang yang disalut getah. Bagaimanapun, ciri ini hanya untuk versi rim sport.

Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Wave Alpha dikuasakan oleh enjin 110 cc, silinder tunggal dengan kuasa berjumlah 8.3 hp pada 7,500 rpm dan 8.6 Nm tork pada 5,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi empat kelajuan.

Harga bermula dari RM4,339 bagi versi rim spoked dan RM4,589 bagi versi rim sport. Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Mercedes S-Class W222 Yang Ke 500,000

Next post

GVE Asia Group Ambil Alih Volkswagen Sg Besi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *