Bisnes

GVE Asia Group Ambil Alih Volkswagen Sg Besi

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan perubahan pengedar di Sungai Besi. Berkuatkuasa pada 2 Disember 2019, operasi Volkswagen Sg. Besi akan diambil alih oleh rakan pengedar baru, GVE Asia Group.

GVE Asia Group merupakan sebuah syarikat automotif utama yang mengedar serta menjual kereta penumpang premium di Malaysia. Operasi perniagaannya terdiri daripada pengedaran kereta terpakai, jualan, selepas jualan dan perkhidmatan berkaitan automotif yang lain. Ini adalah usaha pertama GVE Asia untuk menyertai rangkaian Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan penghargaan kepada Wearnes Automotive atas sokongan mereka selama 11 tahun. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wearnes Automotive kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen.”

“Pada masa yang sama, saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan GVE Asia Group ke dalam rangkaian ini. Saya tidak sabar melihat hasil kerjasama ini untuk sama- sama membina jenama Volkswagen dan memenuhi keperluan para pelanggan.”

Dengan ruang seluas lebih 75,181 kaki persegi, bangunan dua tingkat ini menampilan bilik pameran yang boleh mempamerkan sembilan buah kenderaan, serta pelbagai kemudahan selepas jualan yang mematuhi standard global Volkswagen. Pelanggan juga boleh menggunakan ruang menunggu moden yang lengkap dengan televisyen, Wi-Fi dan kafe.

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi tidak berubah:

Bilik pameran
Isnin – Jumaat: 9am – 7pm
Sabtu: 9am – 6pm
Ahad : 10am – 5pm

Selepas jualan & servis
Isnin – Jumaat: 8am – 6pm
Sabtu: 8:30am – 1pm
Ahad: Tutup

Previous post

Honda Wave Alpha Baharu Dilancarkan - Dari RM4,339

Next post

Penyerahan Nissan GT-R50 Italdesign Bermula Lewat 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *