Bisnes

Honda HR-V Kekal No.1 Dalam Segmen SUV Kompak

Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan HR-V facelift telah mencecah 14,800 unit antara Januari dan Disember 2019, sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu segmen SUV kompak dengan perkongsian pasaran sebanyak 79%.

Sejak dilancarkan pada 2015, HR-V kekal pada kedudukan No.1 dalam segmennya untuk empat tahun berturut-turut dengan purata perkongsian pasaran sebanyak 76% dan jualan keseluruhan melebihi 87,000 unit setakat November 2019.

Prestasi jualan yang positif ini menjadikan HR-V model Honda kedua paling laris dengan sumbangan sebanyak 19% kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.

Honda HR-V RS

Bagi jualan mengikut kawasan, Lembah Klang merupakan penyumbang jualan tertinggi dengan 49%, diikuti oleh Selatan dengan 18% dan Utara dengan 17%.

Mengulas tentang kejayaan HR-V, pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Prestasi jualan varian petrol dan hibrid menunjukkan yang HR-V terus diterima baik di pasaran Malaysia dan mengekalkan kedudukan yang kukuh dalam segmennya.”

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami di atas sokongan dan kerana memilih HR-V sebagai kenderaan harian mereka,” tambah beliau.

Previous post

Bentley Mulsanne Extended Wheelbase Khas Untuk Pasaran China

Next post

Toyota Mensasarkan 10.77 Juta Serahan Kenderaan Di Seluruh Dunia Tahun 2020 Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *