Berita Auto

Ford Transit Custom R185 Hasil Tangan MS-RT

MS-RT, syarikat yang mengkhususkan dalam talaan van jenama Ford, telah memperkenalkan model edisi terhad Transit Custom R185.

Dihadkan kepada 40 unit sahaja untuk pasaran UK, model ini menggunakan Transit Custom DCIV double cab lima tempat duduk sebagai asas. Setiap unit akan dihasilkan di kilang MS-RT yang terletak di Pontypool, Wales Selatan.

R185 tampil lebih agresif dengan kit badan lebar dan rim aloi OZ Racing berukuran 18 inci. Warna badan Slate Grey yang dipakainya dipadankan dengan jalur berwarna merah pada jeriji, pelekat hitam-merah serta muncung ekzos hitam berkilat.

Di dalam, van ini mendapat upholsteri kulit dengan jahitan kontras merah dan stereng gentian karbon, selain kelengkapan standard seperti kamera undur, inverter 230 volt dan Cruise Control.

Selain itu, ia turut hadir dengan lampu utama bi-xenon dan pelbagai ciri bantuan pemandu termasuk Blind Spot Monitoring. Turut disertakan adalah sistem ekzos Maxhaust yang menggunakan aplikasi untuk menyalurkan bunyi ekzos yang sporty menerusi pembesar suara dalaman.

Pelanggan boleh memilih versi ‘long wheelbase’ atau ‘short wheelbase’, serta transmisi automatik atau manual. Harga bermula £37,995 (RM203,987) termasuk jaminan selama tiga tahun/100,000 batu.

Previous post

Saingan BMW dan Mercedes-Benz Semakin Sengit

Next post

Barisan Kei-Car Daihatsu di Tokyo Auto Salon 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *