Berita Auto

Barisan Kei-Car Daihatsu di Tokyo Auto Salon 2020

Pada acara Tokyo Auto Salon 2020 yang akan berlangsung Januari nanti, Daihatsu bakal mempamerkan barisan kei-car mereka yang terdiri daripada beberapa model menarik.

Kereta yang kelihatan seperti Hummer H2 yang mengecut ini dikenali sebagai Taft. Dibangunkan untuk mereka yang gemarkan gaya hidup aktif, ia boleh memuatkan empat orang penumpang dengan kuasa dibekalkan oleh enjin 660 cc.

Selain itu, Daihatsu juga akan mempamerkan sebuah Copen GR Sport yang tampil dengan pelbagai modifikasi seperti reka bentuk bampar yang lebih sporty, hud gentian karbon dan spoiler belakang.

Rocky generasi kedua yang diperkenalkan buat pertama kali di Tokyo Motor Show 2019 juga akan membuat penampilan dengan kit badan dan skema warna oren dengan jalur hitam yang menyerlah.

Turut dibawa oleh Daihatsu adalah dua versi Tanto iaitu Cross Field dan Premium, serta tiga versi Hijet iaitu Peaks, DJ dan Hatsune Miku.

Previous post

Ford Transit Custom R185 Hasil Tangan MS-RT

Next post

Toyota Yaris Masuk Pasaran Jepun 10 Februari 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *