Berita Auto

Toyota Yaris Masuk Pasaran Jepun 10 Februari 2020

Toyota Yaris baharu yang sedang hangat diperkatakan akan memasuki pasaran Jepun pada 10 Februari 2020 menerusi rangkaian pengedar Netz serta Toyota Mobility Tokyo Inc. dan Toyota NishiTokyo Corolla Co., Ltd.

Yaris adalah penting bagi Toyota kerana ia merupakan model pertama yang menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) versi GA-B.

Platform ini dikatakan 50 kg lebih ringan dan 30% lebih tegar manakala pusat gravitinya lebih rendah sebanyak 15 mm berbanding platform terdahulu.

Model kompak ini tampil dengan enjin Dynamic Force 1.5-liter serta pelbagai ciri bantuan pemandu seperti Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, Automatic High Beam, Road Sign Assist, Secondary Collision Brake dan sistem parkir semi autonomi iaitu Advanced Parking Support System.

Turut disertakan adalah ciri Easy Return Seat, Turn Tilt Seats, Android Auto, Apple CarPlay serta paparan ‘head up’. Varian hibrid dilengkapi dengan outlet kuasa aksesori 1,500 W yang boleh bertindak sebagai penjana kuasa.

Previous post

Barisan Kei-Car Daihatsu di Tokyo Auto Salon 2020

Next post

Marcus Grönholm Uji Proton Iriz R5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *