Gaya Hidup

Wang Tunai Sehingga RM500,000 Jadi Habuan Pelanggan BHPetrol

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) telah menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan ‘Merdeka Pam, Beli & Menang’ yang diadakan dari 15 Ogos hingga 15 Oktober lalu.

Diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-62, peraduan tersebut menerima sambutan yang memberangsangkan daripada para pelanggan BHPetrol.

Hadiah disampaikan kepada para pemenang dalam satu majlis khas yang diadakan di Hotel The Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Enam pemenang Hadiah Utama masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM62,000, manakala enam pemenang Hadiah Istimewa masing-masing memenangi wang tunai bernilai RM6,500.

Bukan itu sahaja, 62 pemenang hadiah saguhati masing-masing mendapat wang tunai bernilai RM1,000. Pemenang yang merupakan ahli program BHPetrol eCard secara automatik mendapat mata bonus berjumlah 5,000 hingga 62,000.

“Berdasarkan bilangan penyertaan yang kami terima, saya yakin promosi ini menarik ramai pelanggan setia dan baru untuk mengepam minyak Infiniti terbaik kami. Kami harap pemenang gembira dengan hadiah yang dimenangi dan terus melawat stesen BHPetrol. Sebagai sebuah syarikat korporat, ini merupakan cara kami untuk mengatakan ‘Terima Kasih’ kepada semua pelanggan untuk sokongan dan kesetiaan mereka,” kata Aziz Majid, Pengurus Operasi Runcit Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol).

Untuk menyertai peraduan ‘Merdeka Pam, Beli & Menang’, pelanggan perlu membuat pembelian minimum RM40 untuk minyak dan barangan kedai, dan jawab dua soalan mudah.

Untuk senarai penuh pemenang, layari www.bhpetrol.com.my.

Previous post

Hyundai i30 N Tiba di Malaysia - 20 Unit Sahaja

Next post

Naza Taja Kia Picanto Sebagai Hadiah Cabutan Bertuah HPPK 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *