Bisnes

BMW Sasar Rakan Niaga Korporat Dengan Solusi Mobiliti Korporat Terbaharu

BMW Group Malaysia dan BMW Group Financial Services Malaysia menaik taraf Pengalaman Pemilikan Premium 360° yang ditujukan kepada Rakan Niaga Korporat melalui rangkaian Solusi Mobiliti Korporat terbaharu.

BHPetrol Merdeka Contest Banner  

Solusi-solusi mobiliti kewangan baharu yang inovatif dan terkemuka diperkenalkan untuk menaik taraf pengalaman pemilikan premium buat pelanggan-pelanggan korporat BMW dan MINI.

Corporate Mobility Solutions 4 Corporate Mobility Solutions 3 Corporate Mobility Solutions 2

Kenyataan Media

4 October 2019

Kuala Lumpur, 4 October 2019 – BMW Group Malaysia kini telah memperkayakan Program Korporat BMW Group menerusi program Solusi Mobiliti Korporat (CMS) yang terbaharu. Penambahan baharu ke atas program ini dirumus untuk menaik taraf pengalaman pemilikan premium buat pelanggan-pelanggan korporat BMW serta MINI.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, “Sejak sekian lama, BMW Group Malaysia diiktiraf atas kecemerlangannya dalam penawaran pengalaman pemilikan premium buat para pelanggan yang terdiri daripada pelanggan individu serta korporat. Kami merupakan peneraju yang mendorong inovasi dalam industri ini, dan kita dapat menyaksikan Program Korporat BMW Group membekalkan solusi-solusi pembiayaan premium kepada pelanggan-pelanggan korporat selama ini. Melalui perangkuman program CMS, sekali lagi kami telah mencetus revolusi dalam landskap perniagaan ini, menaik taraf perkhidmatan kami untuk rakan niaga korporat yang berstatus premium.

Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia (BMW Credit (Malaysia) Sdn. Bhd. dan BMW Lease (Malaysia) Sdn. Bhd.), sementara itu berkata, “Kami tidak asing dengan inovasi yang bertujuan untuk menaik taraf pengalaman kepenggunaan pelanggan dalam segala aspek, termasuk pemilikan kenderaan, perkhidmatan selepas jualan atau mobiliti dalam pembiayaan. Dengan program CMS, BMW Group Financial Services Malaysia menaikkan tanda aras ke tahap yang baharu untuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik buat para pelanggan dalam segmen korporat. Perkhidmatan pengurusan gerombongan kenderaan kami yang terkemuka terus diperkayakan dengan pelbagai faedah dan insentif yang eksklusif, lantas membuktikan komitmen kami untuk merealisasikan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan.”

Program Korporat BMW Group dirumus untuk menawarkan pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh untuk para individu dan syarikat milik mereka dengan memperkenalkan insentif eksklusif bagi entiti-entiti perniagaan yang berkelayakan, solusi-solusi mobiliti untuk memenuhi segala keperluan perniagaan dan peribadi, serta liputan selepas jualan komprehensif bagi mewujudkan pemilikan yang serba lengkap. Program tersebut juga menampilkan perkhidmatan BMW ConnectedDrive yang merangkumi Servis Rencam BMW (BMW Concierge Services), Navigasi Terhubung, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan Apple CarPlay, bersama keistimewaan BMW Moments yang eksklusif.

Solusi Mobiliti Korporat (CMS) – iaitu sebuah penambahan bagi Program Korporat BMW Group, merupakan inisiatif bersama yang dicetuskan oleh BMW Group Malaysia dan BMW Group Financial Services Malaysia untuk menaik taraf faedah-faedah yang ditawarkan oleh Program Korporat BMW Group. CMS menampilkan pengurusan gerombongan kenderaan untuk perniagaan berserta pengurangan risiko dan kos, termasuk solusi-solusi mobiliti yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan perniagaan dan peribadi.

Inisiatif tersebut juga mengintegrasikan produk-produk daripada Perkhidmatan Pembiayaan BMW Group untuk diperkembangkan dan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju solusi mobiliti dalam kelasnya. Sebuah revolusi dalam inovasi mobiliti, CMS dibangunkan untuk melengkapi Wakil-Wakil Pengedar BMW Group dengan pelbagai sokongan untuk membolehkan perkhidmatan pembiayaan dan pengurusan gerombongan kenderaan yang berkualiti tinggi dapat dibekalkan kepada pelanggan-pelanggan korporat.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Korporat BMW Group serta Solusi Mobiliti Korporat ini, sila layari laman web Jualan Korporat BMW di https://www.bmw.com.my/en/topics/discover/bmw-corporate-sales/bmw-corporate-sales.html

Previous post

Ford Cuba Tingkatkan Amalan Pemanduan Berhemah Di Kalangan Pemandu Malaysia

Next post

Koleksi Lightweight E36 Paul Walker Untuk Dijual

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *