Gaya Hidup

Koleksi Lightweight E36 Paul Walker Untuk Dijual

Ini adalah koleksi kereta BMW yang mana-mana pengumpul BMW patut dapatkan.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Sekiranya anda peminat Paul Walker dari francais filem Fast & Furious anda perlu bertindak secepat mungkin kerana terdapat beberapa 21 kenderaan yang boleh dimiliki dari koleksi peribadi pelakon mendiang Paul Walker yang akan dijual oleh Barrett -Jackson House di Scottdale Auction ke-49 pada 11 hingga 19 Januari, 2020. Cukup masa untuk korek dana anda dan menempah perjalanan anda.

bmw_m3_paul walker 2

Dikenali ramai kerana peranannya sebagai bekas pegawai polis bernama Brian O’Connor dalam francais “Fast and Furious” yang terkenal dan juga kerana kerja amalnya, yang masih diteruskan sehingga hari ini melalui Yayasan Paul Walker, yang diasaskan oleh anak perempuannya Meadow. dan Reach Out Worldwide, kenderaan Walker akan menjadi sebahagian daripada auction kereta perlumbaan terbesar di dunia.

Barret-Jackson menyoroti koleksi mendiang Paul Walker yang mempunyai tujuh unit BMW M3, dua dalam E30 dan lima dalam gaya badan E36 tetapi ada versi ‘Ringan’, yang lebih ringan daripada standard dan lebih berorientasikan untuk digunakan di litar, walaupun ia juga merupakan model yang diluluskan untuk memandu di jalan-jalan awam.

Kereta sedemikian rupa dibezakan secara visual terutamanya oleh spoiler belakang yang lebih agresif dan bumper depan baru, antara lain, di samping cat badan Alpine White, digabungkan dengan livery BMW Motorsport dengan bendera dalam warna BMW M.

bmw_m3_paul walker 3 bmw_m3_paul walker 4 bmw_m3_paul walker 5

Di bawah hud, kereta langka ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter S50 dengan enam silinder in line, ditambah pula dengan transmisi manual lima kelajuan. Ia adalah 91kg lebih ringan daripada standard M3 E36, tetapi dengan 240 hp yang sama di bawah hud, lima unit ini hanya dari 115 yang dibuat oleh BMW, akan menjadi kereta yang paling dilihat di lelongan ini dan boleh menelan kos sekurang-kurangnya USD50,000 setiap satu unit.

Kereta menarik lain termasuk kereta perlumbaan 2013 Ford Boss 302S yang tidak pernah dipandu. Kereta ini dikuasakan oleh enjin Ford Racing V8, dilengkapi dengan perisian Ford Racing PCS yang unik dan komponen Ford Racing rasmi yang berlimpah. Kuasa dihantar ke roda melalui transmisi manual 6 kelajuan dan klac EXEDY kepada  differential Torsen T2R.

Satu lagi model berharga yang dijual ialah Nissan 370Z yang dibina khas dari 2009 dengan hanya 4,221 km pada odometer, yang membuat penampilan dalam filem “Fast Five”. Kereta ini dikuasakan oleh V6 3.7 liter dengan 332 hp, yang dikendalikan dengan gearbox manual dan mempunyai beberapa peningkatan prestasi.

bmw_m3_paul walker 6 bmw_m3_paul walker 7 bmw_m3_paul walker 8

Koleksi Kereta Paul Walker termasuk:

  • 1963 Chevrolet New Wagon
  • 1964 Chevrolet Chevelle Wagon
  • 1967 Chevrolet II New
  • 1988 BMW M3 E30
  • 1989 Nissan R32 Skyline Race Car
  • 1991 BMW M3 E30 Coupe
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight
  • 1995 BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete
  • 1995 Ford Bronco SUV
  • 2000 Audi S4
  • 2003 Ford F250 Pickup
  • 2004 GMC Sierra 1500 Pickup
  • 2005 Harley-Davidson RS Motorcycle
  • 2006 Toyota Tundra Pickup
  • 2008 Suzuki Motorcycle
  • 2009 Nissan 370Z
  • 2011 BMW Motorcycle
  • 2013 Ford Mustang Boss 302S Race Car

 

Previous post

BMW Sasar Rakan Niaga Korporat Dengan Solusi Mobiliti Korporat Terbaharu

Next post

Jetta! Jenama Baharu Volkswagen Untuk China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *