Berita Auto

Pusat 3S Peugeot/Citroën Dilancarkan di Alor Setar

Nasim Sdn Bhd dan Naza Euro Motors Sdn Bhd telah melancarkan bilik pameran 3S berkembar Peugeot dan Citroën di Alor Setar, Kedah, sekaligus mengukuhkan kehadiran kedua-dua jenama Perancis itu di kawasan Utara.

“Pelancaran bilik pameran berkembar Peugeot dan Citroën di Alor Setar merupakan kesinambungan pelan pertumbuhan kami untuk meningkatkan rangkaian di Malaysia,” kata Dato’ Nik Hamdam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Dengan pelaburan berjumlah RM2 juta, cawangan berkeluasan 15,000 kaki persegi ini mempunyai sebuah bilik pameran yang boleh memuatkan sehingga lapan buah kenderaan, lounge keluarga, lounge pelanggan serta cafe.

Sementara itu, pusat servis pula mempunyai lima ruang servis dengan kapasiti menyelenggara sehingga 200 hingga 250 buah kenderaan sebulan.

Satu ciri unik cawangan ini adalah ia menampilkan konsep bilik pameran Peugeot Bluebox dan Citroën La Maison.

Pusat 3S Peugeot/Citroën ini terletak di 97 M&N, Batu 1 1/4 Mergong, Seberang Jalan Putera 05150 Alor Setar, Kedah. Bilik pamerannya dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Sabtu) dan tutup setiap Ahad dan cuti umum.

Previous post

Kawasaki ZX-25R Kembalikan Enjin 250cc Empat Silinder

Next post

PLUS Keluar Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Cuti Deepavali

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *