Berita Auto

PLUS Keluar Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Untuk Cuti Deepavali

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 24 Oktober hingga 29 Oktober ini sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan dan menguruskan kesesakan di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat dan plaza tol pada musim perayaan ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, “Berdasarkan TTA yang dikeluarkan, pelanggan dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang.”

“Sementara itu, orang ramai daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor menuju ke Lembah Klang bagi tempoh yang sama, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi. Manakala, bagi pelanggan lebuh raya daripada lain-lain negeri atau destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 3 petang,” tambah Datuk Azman.

Jadual TTA sempena perayaan Deepavali juga boleh didapati menerusi aplikasi PLUS Mobile App yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store atau App Store. Pelanggan juga boleh merujuk jadual TTA di laman web PLUS di www.plus.com.my.

PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Twitter PLUSTrafik, papantanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000. Mereka juga disarankan supaya merujuk aplikasi Waze atau Google Map untuk merancang perjalanan ke destinasi masing-masing.

Previous post

Pusat 3S Peugeot/Citroën Dilancarkan di Alor Setar

Next post

Audi Q3 Serba Baharu Kini di Malaysia - RM270k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *