Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volvo Bakal Perkenal XC40 Versi Elektrik

Volvo akan memperkenalkan XC40 versi elektrik sepenuhnya pada 16 Oktober ini dan syarikat itu mendedahkan bahawa model tersebut adalah antara yang paling selamat pernah dihasilkan olehnya.

Volvo XC40 Elektrik

Perincian mengenai rangkaian kuasa elektrik pada model ini masih belum didedahkan, namun lakaran yang disiarkan oleh Volvo menunjukkan yang ia akan mempunyai dua motor elektrik (satu pada setiap gandar) dengan pek bateri terletak di tengah kerangka.

Oleh sebab XC40 elektrik tidak mempunyai enjin pembakaran dalam, jurutera Volvo telah mereka semula kerangka bagi mengekalkan tahap keselamatan penumpang yang tinggi seperti model-model Volvo yang lain.

volvo-xc40-electric (1)

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan adalah pengukuhan struktur hadapan, manakala di belakang, rangkaian kuasa elektrik diintegrasikan ke dalam struktur bagi tujuan menyebarkan daya perlanggaran jauh dari kabin bila mana kenderaan dihentam dari belakang.

Sementara itu, pek bateri pula dilindungi oleh rangka keselamatan yang diperbuat daripada aluminium. Kedudukannya yang rendah di bawah lantai bukan sahaja menghasilkan pusat graviti yang rendah, malah dapat melindungi kenderaan daripada terbalik.

volvo-xc40-electric (4)

Bagi sistem keselamatan aktif pula, XC40 elektrik bakal tampil dengan teknologi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi radar, kamera dan sensor ultrasonik. Ia dibangunkan oleh Zenuity, sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh Volvo dan Veoneer.

Previous post

Audi RS Q3 Hadir Dengan 400 HP, 480 Nm

Next post

International Rally Maserati Ke-40 Tamat Di Scotland

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *