Berita Auto

Audi RS Q3 Hadir Dengan 400 HP, 480 Nm

Audi telah memperkenalkan RS Q3 dan RS Q3 Sportback, sekaligus merancakkan lagi segmen crossover berprestasi tinggi yang memang sudah sedia rancak.

Audi RS Q3

Kedua-dua model tersebut menampilkan nadi yang sama iaitu enjin turbo 2.5-liter lima silinder yang menghamburkan 400 hp dan 480 Nm. Menurut Audi, enjin TFSI ini bukan sahaja lebih kompak, malah 26 kg lebih ringan berbanding enjin terdahulu. 18 kg daripada penjimatan itu disumbangkan oleh penggunaan crankcase aluminium.

Audi RS Q3

Dengan transmisi automatik S-tronic tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda quattro, RS Q3 mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat. Kelajuan maksimum standard adalah 250 km/j tetapi bagi mereka yang lebih berani, kelajuan maksimum ini boleh dipertingkatkan kepada 280 km/j dengan Performance Pack.

audi-rs-q3-2019 (4)

RS Q3 dilengkapi dengan sistem Audi Drive Select yang membolehkan pemandu melakukan pelarasan pada ciri quattro dan komponen-komponen lain seperti stereng, suspensi, kotak gear, enjin dan ekzos. Sistem ini menawarkan mod Comfort, Auto, Dynamic, Efficiency dan Individual.

audi-rs-q3-2019 (2)

Sebagai alternatif kepada mod Individual, Audi turut menawarkan RS Mode yang dipecahkan kepada dua iaitu RS1 dan RS2. Menerusi ciri ini, pemandu boleh menyimpan dua setting berbeza dan boleh menukarnya dengan menekan butang RS Mode pada stereng.

audi-rs-q3-sportback-2019

Model ini didatangkan sistem suspensi RS sport yang mengurangkan ketinggian sebanyak 10 mm. Sebagai pilihan, pelanggan boleh mendapatkan sistem suspensi RS sport plus yang didatangkan lengkap dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang berfungsi untuk melaraskan peredam mengikut keadaan permukaan dan pemanduan.

audi-rs-q3-2019 (3)

Sistem brek standard terdiri daripada cakera keluli berukuran 375 mm di hadapan dan 310 mm di belakang, berserta angkup enam omboh yang didatangkan dalam warna hitam atau merah. Turut ditawarkan adalah sistem brek seramik dengan cakera hadapan bersaiz 380 mm.

audi-rs-q3-sportback-2019 (1)

Bagi pasaran Eropah, RS Q3 dijual pada harga bermula 63,500 Euro (RM291,865) manakala RS Q3 Sportback pada harga 65,000 Euro (RM298,759).

Previous post

Bagaimana Jaguar Land Rover Melindungi Perkerja Kilang Mereka

Next post

Volvo Bakal Perkenal XC40 Versi Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *