Keselamatan

Bagaimana Jaguar Land Rover Melindungi Perkerja Kilang Mereka

Kerja berulang seperti memasang klip dan pengikat pada casis boleh mengakibatkan gangguan muskuloskeletal. Sebenarnya, kecederaan seperti ini menyumbang kepada 30% daripada semua kecederaan di tempat kerja. Lebih penting lagi, sepertiga wang yang dibayar oleh Jaguar Land Rover sebagai pampasan kepada pekerja berpunca daripada kecederaan ini. Dan inilah mungkin sebabnya mengapa mereka telah komisen  sarung tangan cetak 3D yang ringan untuk melindungi pekerja daripada gangguan muskuloskeletal.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Sarung tangan ini telah direka untuk mengurangkan keletihan otot dengan sokongan dan selesa untuk dipakai sepanjang syif 8 jam biasa.

Berikutan maklum balas daripada percubaan, sarung tangan generasi ke-2 sedang dibangunkan dengan pad buih daripada kesan tambahan D30. Ini sepatutnya melindungi tapak tangan orang-orang yang memasang bahagian seperti bingkai pintu.

Lagi Dalam Usaha Ini

Jaguar Land Rover Additive Manufacturing Center menghasilkan lebih daripada 80,000 bahagian setahun untuk pelbagai aplikasi, termasuk prototaip fungsional, reka bentuk mock-up dan peralatan pemasangan dan lekapan pembuatan. Jaguar Land Rover juga boleh membuat bahagian cetakan 3D untuk kereta pengeluaran dengan Jaguar XE SV Project 8 salah satu kenderaan pertama yang menggunakannya.

Program ini menjadi sebahagian daripada visi Jaguar Land Rover’s Destination Zero; cita-cita untuk menjadikan masyarakat lebih selamat dan sihat, dan alam sekitar lagi bersih. Disampaikan melalui inovasi tanpa henti, tumpuan syarikat adalah untuk mencapai masa depan pengeluaran sifar, sifar kemalangan dan sifar kesesakan – merentasi kemudahannya, dan melalui produk dan perkhidmatannya.

Syabas.

JLR  Worker Protection 2

Previous post

Siapa Kata Kereta CC Besar Kena Bayar Cukai Jalan Mahal???

Next post

Audi RS Q3 Hadir Dengan 400 HP, 480 Nm

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *