Bisnes

Proton Mengekalkan Pertumbuhan Jualan Positif

Proton meneruskan momentum kenaikan jualan bagi tahun 2019 selepas mencatatkan jualan kereta sebanyak 9,127 unit pada bulan Ogos 2019.

Proton

Jumlah itu mewakili 17.6% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) untuk bulan tersebut, menjadikan keseluruhan pegangan pasaran syarikat untuk tahun ini sebanyak 15.3%.

Dari tahun-ke-tahun, pertumbuhan jualan kini berada pada kadar 36%, meskipun TIV telah menurun sebanyak 5.8% berbanding tahun 2018.

Dengan mencatat kadar pertumbuhan terbaik berbanding lima jenama automotif di Malaysia, Proton kini berada di landasan yang tepat untuk mengatasi jumlah jualan keseluruhannya pada 2018 iaitu sebanyak 64,744 unit.

Menurut Proton, jumlah jualan pada akhir Ogos adalah sebanyak 61,396 unit dan dengan jangkaan momentum pertumbuhan jualan akan kekal sehingga hujung tahun, syarikat itu bakal mengatasi jumlah jualan tahun 2018 pada sebelum akhir bulan September.

“Melalui inisiatif seperti pembukaan lebih banyak cawangan 3S/4S serta penambahbaikan khidmat pelanggan dan kualiti produk yang ditetapkan untuk tahun ini, kami yakin akan dapat mengakhiri 2019 dengan kedudukan yang kukuh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Previous post

Adakah Anda Menggunakan Potensi Ford Ranger Raptor Anda Sepenuhnya?

Next post

Tempahan Proton Saga 2019 Melebihi 10,000 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *