Berita Auto

Tempahan Proton Saga 2019 Melebihi 10,000 Unit

Proton dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa ia telah menerima lebih 10,000 tempahan bagi Saga 2019 sejak pelancarannya pada 6 Ogos lalu.

Proton Saga 2019

Menurut syarikat itu, lebih 1,000 daripada tempahan tersebut adalah menerusi platform dalam talian di mana pelanggan boleh membuat tempahan dengan hanya membuat bayaran sebanyak RM9.99.

Oleh sebab model tersebut mendapat sambutan yang luar biasa, Proton akan melanjutkan tempoh tempahan dalam talian sehingga 17 September ini.

Proton Saga 2019 online booking

“Melihatkan pada angka tempahan yang diterima, Saga 2019 ini sangat popular di kalangan para pelanggan yang tertarik dengan rekaannya yang diperbaharui, komponen yang dipertingkat serta sistem infotainmen skrin sentuh yang ditawarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Tambah beliau, angka tersebut melebihi jumlah yang diterima untuk SUV pertama Proton iaitu X70.

Previous post

Proton Mengekalkan Pertumbuhan Jualan Positif

Next post

BMW Elite M Card Tawar Lebih Banyak Keistimewaan Eksklusif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *