Berita Auto

Pelan Insurans Volkswagen Tawar Perlindungan Lebih Baik

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan program insuransnya yang dikenali sebagai Pelan Insurans Volkswagen atau “VIP”. Direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, VIP menawarkan perlindungan yang komprehensif dan mudah.

Pelan Insurans Volkswagen (VIP)

Antara kelebihan yang ditawarkan kepada pemegang polisi termasuklah kelulusan tuntutan diutamakan, bantuan tepi jalan dengan perkhidmatan menunda 24 jam, serta jaminan proses baik pulih yang dijalankan di pusat badan dan cat sah Volkswagen.

Bukan itu sahaja, pelanggan tidak akan dikenakan kos pembaikan berlebihan dan nilai yang dipersetujui sehingga 10 tahun. Semua kelebihan ini melibatkan semua model Volkswagen tanpa mengura usia kenderaan tersebut.

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen ketika mendaftar kereta baru atau memperbaharui cukai jalan. Rakan panel insurans ialah Allianz General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad. Allianz menawarkan insurans konvensional, manakala Etiqa pula menyediakan insurans konvensional dan takaful.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu VIP dihasilkan di bawah falsafah Volkswagen Cares. “Dengan VIP, semua pemilik Volkswagen tanpa mengira apa jua model boleh menikmati servis berkualiti dan bantuan tepi jalan pada nilai terbaik di bawah pelan komprehensif yang ditawarkan secara eksklusif buat mereka.”

Previous post

Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Pertama dari Sant'Agata Bolognese

Next post

Bugatti Pecah Rekod Kelajuan Dengan 304.773bsj

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *