Bisnes

Logo Baharu Proton Lambang Kekuatan Dan Kemegahan Jenama

Proton hari ini memperkenalkan logo dan slogan baharunya, selari dengan cita-citanya untuk menjadi jenama automotif moden di peringkat global.

BHPetrol Merdeka Contest Banner

Selain logo, Proton turut melancarkan slogan baharu iaitu ‘Inspiring Connections’. Ia menampilkan aspirasi jenama ini untuk mengguna pakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan dalam kehidupan.

Persoalan yang mungkin ramai bertanya pada ketika ini ialah “mengapa Proton memerlukan imej jenama baru”?

Sebenarnya, ini bukan sesuatu yang ‘rakyat Malaysia’ biasa dengan. Jenama seperti Nike misalnya telah menukar imej swoosh mereka 4 kali sejak penubuhannya pada tahun 1971. Imej Nike semasa diperkenalkan pada tahun 1995. Rangkaian makanan segera McDonalds telah menukar imej jenama mereka sebanyak 10 kali sejak permulaannya pada tahun 1940.

Proton-New-Logo-4

Pada 9 September baru-baru ini , syarikat kereta Volkswagen menukar logonya untuk mencerminkan perpindahannya kepada barisan kenderaan bermotor elektrik yang tulen. Imej bran Volkswagen baru yang datang dengan garis-garis yang lebih ramping dicipta hanya dalam dua bulan yang lalu. Hasilnya adalah marque yang telah dikurangkan kepada hanya apa yang diperlu, dengan reka bentuk yang rata, dua dimensi. Reka bentuk baru ini akan digunakan di 171 negara di mana VW beroperasi, termasuk Malaysia. Langkah pertama ialah menukar logo di ibu pejabat Wolfsburg, diikuti oleh beberapa ibu pejabat kebangsaan dan peniaga lain di Eropah. Kemudian logo itu akan bergerak ke seluruh dunia secara berperingkat-peringkat.

Menurut Volkswagen, secara keseluruhannya, lebih daripada 70,000 logo akan digantikan di lebih daripada 10,000 pusat jualan dan pusat servis di seluruh dunia.

Proton-New-Logo-5

Oleh itu, bagi Proton, imej jenama baru ini, banyak yang akan berlaku dan isu yang paling besar adalah semua pengedar Malaysia yang baharu kenalah menggantikan logo lama dengan logo baharu. Kos? Well, jualan adalah baik dan terus meningkat dengan hebatnya jadi ianya pasti tidak ada masalah untuk membelanjakan sedikit wang untuk menunjukkan kekuatan dan kemegahan  jenama dengan logo baharu ini.

PROTON-New-Master-Brand-Logo-with-Tagline

Previous post

Jualan Bulan Ogos Volkswagen Seluruh Dunia Turun 3.8 Peratus

Next post

Adakah Waranti Kereta Anda Tanggungan Syarikat Insurans?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *